Sudah beberapa minggu tidak mengemaskini perkembangan di media sosial, perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew melegakan warganet yang bimbang dengan keadaan beliau yang kini berada di Gaza.

Menerusi perkongsian terbarunya, beliau memuatnaik sekeping gambar dan mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik serta memohon doa dari orang ramai.

“Doakan ye, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Kebimbangan mengenai keadaan Ebit Lew dibangkitkan oleh warganet kerana beliau sudah sekian lama tidak berkongsikan perkembangannya di sana.

Beliau telah berangkat ke Gaza, Palestin pada 25 Mei yang lalu dalam misi kemanusiaan untuk membantu rakyat di negara terbabit.

Menerusi perkongsiannya pada 27 Mei yang lalu, sebanyak dua trelar besar dan beberapa buah lori yang mengangkut barang keperluan asas dan ubat-ubatan telah dihantar ke hospital-hospital di Gaza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa lega dan mendoakan agar Ustaz Ebit Lew terus selamat di sana.

Semoga segalanya dipermudahkan dan baik-baik sahaja di sana.

Sumber: Ebit Lew


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.