[ad_1]

KUCHING: Datuk Alexander Nanta Linggi, 62, yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merupakan Ahli Parlimen dari Sarawak selama lima penggal dan menyandang kerusi Parlimen Kapit sejak 1999 sehingga sekarang.

Perjalanan politik beliau bermula sejak 1983 dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dan menjadi ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda parti itu antara 1983 dan 1989, sebelum menjadi Naib Ketua Pemuda dari 1989 hingga 1998.

Cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat bermula dalam pilihan raya negeri bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pelagus tahun 1991 namun tewas tipis kepada penyandangnya ketika itu, Datuk Sng Chee Hua dengan majoriti 642 undi.

Beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen Kapit dalam cubaan pertamanya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dalam tahun 1999 dan seterusnya mempertahankan kerusi itu dalam empat PRU berturut-turut bermula 2004.

Selepas menyandang kerusi Parlimen Kapit untuk penggal keempat dalam tahun 2013, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sehingga sebelum PRU-14 dalam tahun 2018.

Berikut adalah biografi Alexander Nanta:

Nama: Datuk Alexander Nanta Linggi

Isteri: Datin Angelina Celestine Ujang

Tarikh Lahir:16/06/1958 (62 tahun)

Bilangan anak: (Empat orang)

Pendidikan:

– Higher National Diploma In Business, Britain (1983)

– Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Schiller International University, London (1983)

– Norwich City College, Norfolk, United Kingdom (1980-1982)

– Sekolah Menengah Bantuan St Joseph, Kuching, Sarawak (1971-1977)

– Sekolah Rendah Bantuan St Joseph, Kuching, Sarawak (1969-1970)

– Methodist Primary School, Kapit, Sarawak (1965-1968)

Kerjaya (Kerajaan):

– Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2013-2018)

– Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak (1992-2000)

Kerjaya (Politik):

– Ahli Parlimen Kapit untuk penggal kelima (2018 hingga sekarang)

– Ahli Parlimen Kapit untuk penggal keempat (2013-2018)

– Ahli Parlimen Kapit untuk penggal ketiga (2008-2013)

– Ahli Parlimen Kapit untuk penggal kedua (2004-2008)

– Menjadi Ahli Parlimen untuk kali pertama di Parlimen Kapit selepas menang dalam pertandingan tiga

penjuru (1999-2004)

— BERNAMA



[ad_2]
Source link