KUALA LUMPUR: Siaran televisyen Al Jazeera English sedia bertemu dengan wakil kerajaan Malaysia bagi memberi maklum balas susulan penerbitan sebuah dokumentari baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, organisasi berita yang berpangkalan di Qatar itu memaklumkan ia hanya melaporkan apa yang berlaku.

Ia juga mempertahankan bahawa dokumentari tersebut turut dilaporkan organisasi berita lain, termasuk tempatan mahupun antarabangsa.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa laporan berkenaan tidak melibatkan pendapat peribadi kakitangan Al Jazeera.

Laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa terdapat diskrimanisi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik COVID-19.

Ia mencetuskan kontroversi dan mengundang reaksi negatif yang menyifatkan tindakan media antarabangsa itu jelas tidak beretika dan berniat jahat untuk memburukkan nama Malaysia.

organisasi berita yang berpangkalan di Qatar itu memaklumkan ia hanya melaporkan apa yang berlaku.




Source link