[ad_1]

SYDNEY: Sekumpulan aktivis yang dikenali sebagai ‘Extinction Rebellion‘ berkumpul di luar bangunan ikonik Sydney Opera House sebagai tanda protes terhadap perubahan iklim.

Para penunjuk perasaan memakai jubah berwarna merah dengan wajah mereka dicat putih, sambil melaungkan kata-kata protes berbentuk nyanyian di hadapan khalayak ramai.

We’re on a planet, all of us, that has a problem, make a fuss, we got to solve it, solve it, now, now, now. We need to build a better future, better future for our children and we need to start right now.”

Ia berikutan kebakaran dahsyat yang melanda Sydney pada Selasa sehingga mengakibatkan jerebu yang begitu tebal di beberapa tempat yang mana 11 kali lebih buruk daripada tahap berbahaya.

BACA: Sydney diselubungi asap tebal

Untuk rekod, Australia merupakan benua yang paling kering di dunia selepas Antartika.

Dalam pada itu, saintis menjelaskan bahawa rakyat Australia sangat terdedah kepada cuaca ekstrem yang berpunca daripada perubahan iklim itu.

Oleh itu, ia membawa kebimbangan kepada orang ramai sehingga berlakunya protes secara besar-besaran di seluruh dunia.

Protes tesebut seringkali dianggotai aktivis muda yang mengambil berat tentang masa depan mereka terhadap pemanasan global.

Setakat ini, suhu dunia dilihat semakin naik sehingga 3 hingga 5 darjah celsius, oleh kerana kesan yang datang daripada banyak negara.



[ad_2]
Source link