[ad_1]

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah pada tengah hari ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Menurut Ahmad Faizal, pertemuan hanya melibatkan beliau sahaja.

“Ya, saya dipanggil menghadap sekarang. Saya seorang (dipanggil),” katanya semasa ditemui media selepas pelancaran Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak oleh Sultan Muizuddin Shah di Laman Budaya, di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar yang akan dikemukakan, ini jawapan beliau:”Saya akan jumpa semua (wartawan), maaf.” 

Ketika ini, kebanyakan media berada di luar perkarangan Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi mendapatkan perkembangan terbaharu daripada Ahmad Faizal.

Sebelum ini, Ahmad Faizal dilaporkan telah bertemu ADUN UMNO Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad untuk membincangkan kedudukan kerajaan negeri Perak.

Kedua-duanya bersetuju untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak yang baharu melalui pakatan UMNO, Pas dan Bersatu dan ketiga-tiga nama calon MB Perak akan dibawa ke Istana Perak.



[ad_2]
Source link