[ad_1]

PADA 30 Julai lalu, istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung dengan penuh kesantunan dalam suasana gilang-gemilang.

Rakyat jelata memberikan tumpuan sepenuhnya pada istiadat yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Di sebalik kemeriahan istiadat diraja itu, rakyat tidak ketinggalan memberi tumpuan pada putera-puteri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut hadir.

Namun begitu, apa yang istimewanya mengenai istiadat pertabalan itu juga ialah apabila Raja Permaisuri Agong berkongsi busana yang dikenakan puteri bongsu baginda, Al- Sultan Abdullah, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tengku Puteri Jihan mengenakan persalinan yang pernah disarung oleh bondanya pada acara itu sekali gus mengulangi momen Tunku Azizah.

Simboliknya, busana berusia 35 tahun itu dikenakan Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8.

Menerusi kemas kini di laman Twitter, Tunku Azizah menzahirkan perasaan syukur kerana puteri bongsunya mengulangi sejarah 35 tahun dahulu.

“Selepas 35 tahun, Jihan memakai baju kurung yang saya pakai ketika pertabalan ayahanda saya pada tahun 1984, Alhamdulillah,” katanya dalam entri tersebut pada Jumaat.

Lebih menarik, Tunku Azizah turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan baginda berbaju kurung dengan gambar terkini yang dipakai oleh Tengku Puteri Jihan.

Rata-rata rakyat memuji kecantkkan baginda dan puterinya yang turut mewarisi kejelitaan Tunku Azizah.



[ad_2]
Source link