[ad_1]

KUALA LUMPUR: Sifat keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Terbaru, Al-Sultan Abdullah sekali lagi mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan mangsa kemalangan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pagi ini.

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Instagram Istana Negara, baginda ketika itu sedang dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri.

Sebaik melakukan pemeriksaan dan bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut, Seri Paduka meneruskan perjalanan ke Istana Melawati, Putrajaya bagi menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini, Sultan Abdullah dilaporkan telah beberapa kali mencemar duli turun daripada kenderaan bagi melihat dua kemalangan pada hari yang sama di sekitar Putrajaya pada November lalu.

Seri Paduka juga ada menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.

BACA: Agong periksa dua kemalangan berlaku sekitar Putrajaya

BACA: Koronavirus: Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat



[ad_2]
Source link