[ad_1]

HAMPIR sebulan, pemergian Allahyarham Abam Bocey masih dirasai hingga kini.

Terbaharu, rakan baik Abam, Achey menerima sepucuk surat dari sekumpulan murid darjah lima menitipkan doa buat arwah.

“Assalamualaikum abang Achey, kami peminat abang Achey. Abang jangan sedih tau semenjak arwah Abam meninggal dunia.

“Kita sama-sama doakan arwah Abam tenang di sana.

“Hanya kenangan yang boleh menggembirakan abang Achey dan abang Fad. Semoga amalan arwah di dunia ini diterima Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” berikut isi kandungan surat itu.

Achey dalam nada sebak berterima kasih atas keprihatinan sekumpulan pelajar sekolah rendah yang memperkenalkan diri sebagai Azalea, Alisha dan Adam itu.

“Budak-budak pun faham… Terima kasih sebab faham. Tahniah kepada ibu bapa mereka mendirik mereka. 

“Sampai ke pos rumah kita dia hantar surat,” kata Achey.
 

Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.



[ad_2]
Source link