[ad_1]
Beberapa entri di laman sosial menyebut nama Aamir sebagai individu yang meletakkan wang dalam karung gandum yang didermakan kepada mereka yang terjejas akibat perintah berkurung di India.
Hal itu walau bagaimanapun ternyata tidak benar apabila Aamir menafikannya menerusi satu kemas kini di Twitter.
Aktor berusia 55 tahun itu menganggap ada kemungkinan namanya digunakan individu yang tidak mahu kerja amal mereka diketahui umum.
“Bukan saya yang memasukkan wang ke dalam karung gandum itu.
“Ini berita palsu, mungkin ada ‘Robin Hood’ yang tidak mahu mendedahkan siapa dirinya!” tulis Aamir.
Berita tentang ‘derma’ yang dibuat Aamir itu dimulakan oleh pengguna TikTok yang mendakwa pelakon Laal Singh Chaddha itu telah mengedarkan puluhan karung gandum kepada golongan kurang berkemampuan dan menyelitkan wang berjumlah Rs15,000 (RM850) di dalamnya.
Berita itu kemudiannya tular dan Aamir menerima pujian ramai kerana melakukan kerja amal secara senyap tanpa sebarang publisiti.
[ad_2]
Source link