[ad_1]

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah meluluskan 96.7 peratus atau 314,844 permohonan bagi Program Subsidi Upah setakat Rabu, kata Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Beliau berkata sejak Program Subsidi Upah diperkenalkan pada 1 April lepas sehingga 15 Julai 2020, pihaknya telah menerima 325,506 permohonan daripada majikan yang mewakili 2.66 juta pekerja.

“Kebanyakan aduan majikan yang sampai kepada saya adalah berkenaan bayaran subsidi yang masih belum dikreditkan.

“Sementara aduan lain termasuk terkurang atau terlebih bayaran dan juga rayuan terhadap permohonan yang ditolak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis malam. 

Dalam menangani masalah yang dihadapi majikan, beliau berkata Perkeso telah mengambil langkah menubuhkan pasukan petugas untuk menyelesaikan isu permohonan yang ditolak dan mengadakan perbincangan dengan pihak bank mengenai isu ‘Business Registration Number’ (BRN).

— BERNAMA



[ad_2]
Source link