[ad_1]

KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh empat hari Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak Sabtu hingga Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kematian tertinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal sebanyak 40 kes.

“Statistik juga merekodkan 17 kes kecederaan parah manakala 67 kecederaan ringan.

“Kemalangan maut paling banyak direkodkan di Selangor dan Johor iaitu masing-masing 16 dan 11 kes manakala sembilan kes kemalangan maut di Kedah,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Azisman berkata, sebanyak 6,689 kemalangan direkodkan dalam tempoh empat hari itu dengan Selangor menyumbang kes kemalangan tertinggi iaitu 2,119 manakala Johor (1,070) dan Kuala Lumpur (763).

“Polis turut mengeluarkan 96,477 saman. Daripada jumlah itu, 59,552 saman atau 61.7 peratus membabitkan enam kesalahan utama.

“Enam kesalahan itu ialah menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan garis berkembar,” jelasnya.

Op Selamat 16 yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan berlangsung sehingga 2 Februari ini.



[ad_2]
Source link