[ad_1]
MAQIS dalam satu kenyataan hari ini berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawainya pada pukul 12.18 tengah malam mendapati lelaki tempatan itu membawa masuk dua bekas balang yang berisi ikan hiasan berkenaan.
“Bekas balang berisi ikan hiasan itu bercampur, terdapat 10 ekor dari spesis Wild Betta Imbellis (Ikan Mengkaring) dan 40 ekor dari spesis Trichopsis Vittata (Ikan Sempilai) yang tidak mempunyai dokumen seperti permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.
“Perbuatan mengimport ikan ini tanpa mempunyai permit import yang sah dari (MAQIS) adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,” katanya.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya.
— BERNAMA
[ad_2]
Source link