SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:

1. Dong Zong batal persidangan isu tulisan jawi

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akur dengan perintah yang mengarahkannya untuk batalkan persidangan berkaitan isu tulisan jawi pada Sabtu.

Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong berkata pihaknya tiada pilihan lain melainkan untuk menurut perintah yang dikeluarkan mahkamah.

2. Larangan terbang pesawat Bek Air susulan nahas

Semua pesawat milik Bek Air yang menggunakan model Fokker-100 di Kazakhstan kini digantung susulan insiden nahas yang meragut lebih 14 nyawa.

Pesawat yang membawa 98 penumpang itu hilang kawalan semasa berlepas sebelum melanggar pagar konkrit dan sebuah bangunan dua tingkat.

3. Penyelamat gua Tham Luang meninggal dunia

Seorang lagi penyelamat gua Tham Luang di Thailand dilaporkan meninggal dunia.

Beiret Bureerak yang merupakan penyelam navy SEAL negara itu disahkan menghidap jangkitan dalam darah dipercayai sejak terlibat dalam usaha menyelamat 12 kanak-kanak dan jurulatih di dalam gua di utara Thailand itu lebih setahun lalu. 

Bureerak telah menerima rawatan sejak kejadian dan keadaannya dilapor semakin nazak hinggalah ke saat kematiannya.

4. Lampu 2019 Putrajaya bermula hari ini

Acara Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2019 bakal mewarnai langit malam Putrajaya apabila penganjuran kali ketujuh ini berlangsung bermula hari ini hingga ambang tahun baharu.

Bertemakan “Kepelbagaian Malaysia”, Lampu 2019 bakal membawa pengunjung menelusuri sejarah dan kejayaan yang ditempa negara sehingga memasuki era 2020.

Sebanyak 22 tarikan utama disediakan sepanjang empat hari Lampu berlangsung.

5. English Premier League

Wolves menumpaskan 3-2 Man City di gelanggang sendiri.

Gol Wolves disumbangkan Adama Traore pada minit ke-55, Raul Jimenez di minit ke-82 dan Matt Doherty pada saat-saat akhir perlawanan.

Gol Man City dijaringkan Ederson Santana de Moraes pada minit ke-12, manakala Raheem Sterling dengan dua jaringan pada minit ke-25 dan 50.

Kad merah: Ederson Santana de Moraes (’12)

Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Jumaat di sini.





Source link