[ad_1]

SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:

1. PRK Kimanis: Pertembungan buku dengan ruas

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin menyifatkan pertembungan dengan calon Pakatan Harapan (PH) – Warisan, Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis sebagai “friendly election”.

Menurut Ketua UMNO Kimanis itu, Karim diibaratkan seperti mentornya dan tokoh politik itu mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia politik.

Pertandingan satu lawan satu PRK Kimanis bakal berlangsung pada 18 Januari ini. 2. Terserah kepada PM tentukan pengganti Maszlee

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan bersama bagi mencari pengganti kepada Dr Maszlee Malik yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kata

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata adalah lebih baik perkara itu diadakan perbincangan terlebih dahulu namun keputusan adalah terserah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak wujud keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat bagi memilih Menteri Pendidikan yang baharu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkata itu ditegaskan Ketua Penerangan Bersatu yang juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

3. Serangan roket ke penempatan tentera AS di Iraq

Beberapa roket dilancar ke dalam kawasan Green Zone berhampiran kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal ketat serta pangkalan udara Balad yang menempatkan tentera AS.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Terdahulu, ribuan rakyat Iran yang bersolat Jumaat di Tehran mengadakan rapat umum sebagai tanda protes dan menuntut balas terhadap AS kerana membunuh Jeneral Iran, Qassem Soleimani.

Presiden Iran, Hassan Rouhani turut menyifatkan pembunuhan Soleimani sebagai jenayah terbesar yang dilakukan Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan sama, Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaharu susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

4. Penyakit pasca banjir ancam Jakarta 

Penyakit bawaan air menjadi penyumbang kepada peningkatan angka korban akibat banjir di Jakarta, Indonesia, yang berlarutan sejak minggu lepas.

Air banjir membawa bakteria, virus, kotoran, dan parasit yang sangat tinggi yang boleh menjangkiti mangsa jika ia masuk melalui rongga mulut, mata, atau luka di kulit. Antara kuman yang dikenal pasti ialah Cryptosporidium, Giardia, E. coli, dan Salmonella.

Pihak berkuasa berkata angka kematian kini meningkat kepada 60 orang ketika mana mangsa-mangsa banjir semakin ketiadaan akses kepada bekalan air bersih untuk minum dan membersihkan diri.

Hujan yang masih melanda Jakarta mengundang risiko lebih besar untuk mencatatkan lebih banyak kematian disebabkan malaria, denggi serta penyakit bawaan air lain.

Baca dan perkembangan banjir Jakarta di sini.

5. Sukan

La Liga
Espanyol 2 – 2 Barcelona
Getafe CF 0 – 3 Real Madrid

FA Cup
Leicester City 2 – 0 Wigan Athletic
Wolves 0 – 0 Manchester United
Man City 4 – 1 Port Vale
Fleetwood 1 – 2 Portsmouth

Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Sabtu di sini.



[ad_2]
Source link