[ad_1]

SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:

1. Penamaan calon PRK Kimanis hari ini

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dijadual bermula jam 9.00 pagi ini.

Calon diberi tempoh satu jam untuk mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

Sementara itu, sebanyak 14 Borang Pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis terjual setakat ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, borang tersebut dibeli oleh wakil dari parti Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan calon persendirian (Bebas).

PRK Parlimen Kimanis akan berlangsung pada 18 Januari dengan pengundian awal pada 14 Januari.

2. Rombak Kabinet: ‘Nehi, nehi, nehi’

“Nehi, nehi, nehi!” (‘tidak’ dalam bahasa Hindi).

Itu kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menafikan ura-ura akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat susulan peletakan jawatan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian dipetik berkata keputusan itu tidak mustahil membawa kepada rombakan Kabinet termasuk perubahan portfolio dalam kalangan menteri sedia ada.

Bagi Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, terdapat ‘berdozen’ lagi menteri lain yang lebih layak meletak jawatan berbanding Maszlee.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi pula tidak risau jika berlaku rombakan Kabinet walaupun kaji selidik mengatakan pencapaiannya sebagai menteri tahun lalu adalah antara yang tercorot.

3. Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah 8 minit

Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad berkata keputusan itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

4. Serangan untuk hentikan bukan mulakan perang dengan Iran

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan kenyataan bahawa serangan yang membunuh Soleimani semalam adalah untuk menghentikan perang dengan Iran dan bukan untuk memulakannya.

Dalam pada itu, kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat mengarahkan kesemua warga negara itu agar meninggalkan Iraq serta-merta, hanya beberapa jam selepas tentera negara AS melancarkan serangan udara di lapangan terbang Baghdad dan meragut nyawa dua pemimpin kanan tentera Iran.

5. Penjawat awam tidak dibenar memegang sebarang jawatan dalam parti politik

Penjawat awam di negara ini tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Beliau berkata dasar ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya penjawat awam tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

bagaimanapun ketika ini beberapa perkara sedang diperhalusi sebelum pekeliling mengenainya dikeluarkan dalam masa terdekat bagi memastikan penjawat awam mematuhi perkara tersebut.

Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Jumaat di sini.



[ad_2]
Source link