[ad_1]

SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

1. Terkini Covid-19

Seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA) yang juga kakitangan Khazanah Nasional Berhad disahkan positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, individu tersebut telah menjalani ujian pengesanan dan dilaporkan positif, baru-baru ini.

Sementara itu, dua kenamaan yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif COVID-19 disahkan negatif jangkitan tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hasil ujian makmal yang dilakukan di Hospital Sungai Buloh mendapati kedua-dua individu adalah negatif.

Dalam perkembangan sama, bekas menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif COVID-19 itu mengesahkan dirinya negatif jangkitan itu selepas melakukan ujian dan pengesanan penyakit itu.

Beliau kini menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi prosedur operasi standard pengurusan COVID-19  KKM.

2. Penjelasan PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pelantikannya sebagai Perdana Menteri susulan kemelut politik yang melanda negara minggu lalu.

Meskipun mengakui pelantikan beliau bukan melalui pilihan raya, jelasnya, pelantikan tersebut adalah amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras prinsip demokrasi berparlimen di negara ini.

Muhyiddin memulakan tugas hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Isnin.

Muhyiddin kemudian bertolak ke Muar, Johor bagi menziarahi pusara ayah, ibu dan dan kaum keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1.

3. Kerajaan Melaka tumbang

Pakatan Harapan tumbang di Melaka sekali gus membolehkan Perikatan Nasional membentuk kerajaan baharu.

Sejumlah 17 Ahli Dewan Undangan Negeri menyokong Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan di Melaka sekali gus menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Adly Zahari.

Terdahulu cadangan bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri dijalankan ditolak Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menerusi satu kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menjalankan Pilihan Raya Negeri.

Empat ADUN — Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka yang juga ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, ADUN (Bersatu) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad, ADUN (Bersatu) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN (PKR) Rembia, Datuk Mohamad Jailani Khamis — menyatakan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional membolehkan kerajaan negeri berpindah tangan.

4. Indonesia catat kes pertama COVID-19

Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, Indonesia mengesahkan negara itu mencatat dua kes positif melibatkan rakyatnya.

Mengumumkan perkara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, dua rakyatnya itu mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu.

5. Keputusan perlawanan bola sepak

Championship
Middlesbrough 2 – 2 Nottm Forest

Piala FA
Portsmouth 0 – 2 Arsenal



[ad_2]
Source link