[ad_1]

SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

1. Terkini koronavirus

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pesakit virus novel koronavirus 2019 berjaya sembuh sepenuhnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit itu pernah tenat ketika dirawat pada hari kedua wad pengasingan Hospital Permai, Johor Bahru sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Malaysia dalam pada itu tidak akan meningkatkan tahap amaran berikutan wabak koronavirus kerana keadaan masih di bawah kawalan.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia tidak akan mengikut keputusan Singapura yang meningkatkan tahap amaran dan akan mengadakan perbincangan dengan republik itu berkenaan isu ini tidak lama lagi.

Ikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa di LAPOR LANGSUNG.

2. NCP nama sementara, hukuman mati menanti

China mengeluarkan peraturan baharu yang membolehkan ia menghukum individu yang menghalang usaha mengawal epidemik koronavirus.

Mereka yang melanggar peraturan itu akan ditahan dan dikenakan hukuman dengan segera, malah boleh dijatuhi hukuman mati.

Dalama pada itu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengumumkan nama sementara koronavirus (2019-nCoV) sebagai Novel Coronavirus Pneumonia atau NCP di sidang media pada Sabtu.

Jabatan dan organisasi kerajaan China digesa menggunakan nama tersebut sehingga nama rasmi jangkitan tersebut diisytihar.

Jumlah kematian harian akibat wabak koronavirus di tanah besar China terus meningkat apabila angka pada Jumaat mencatat rekod tertinggi 86 kematian.

China mencatatkan 724 kematian setakat Sabtu.

3. Amuk askar Thailand

Angka kematian akibat insiden tembakan rambang di Nakhon Ratchasima, Thailand meningkat kepada 20 orang manakala 31 yang lain pula cedera.

Suspek masih belum ditangkap dan dilaporkan menahan tebusan di dalam bangunan pusat beli belah berkenaan.

Penyerang dikenal pasti sebagai Jakraphanth Thomma, seorang anggota tentera.

4. Menjelang Oscars

Malam gilang-gemilang Anugerah Akademi atau Oscars bakal menemui semua peminat dan pencinta filem Hollywood esok.

Tentunya, banyak reaksi dan keterujaan peminat dapat digambarkan melalui perkongsian di laman media sosial.

Tidak ketinggalan, ada yang turut berkongsi ramalan tentang siapa yang bakal merangkul trofi Oscars bagi edisi ke-92 ini. Tumpuan sudah tentunya kepada trofi Filem Terbaik.

Malam kemuncak oscars boleh ditonton secara eksklusif di Hello (saluran 110) serta di Astro Ria (saluran 104) bermula jam 9 pagi.

Astro juga menyediakan tayangan istimewa tujuh buah filem yang tercalon dalam majlis anugerah berkenaan.

5. Sukan bola sepak

EPL
Brighton 1 – 1 Watford

Championship
Nottm Forest 2 – 0 Leeds

Ligue 1
Marseille 1 – 0 Toulouse
Amiens 1 – 2 Monaco
Dijon 3 – 3 Nantes
Metz 1 – 2 Bordeaux
Nice 1 – 3 Nimes
Rennes 0 – 0 Brest

Bundesliga
Leverkusen 4 – 3 Dortmund

Serie A
Torino 1 – 3 Sampdoria
Verona 2 – 1 Juventus

LaLiga
Valladolid 1 – 1 Villarreal
Atl. Madrid 1 – 0 Granada



[ad_2]
Source link