SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:

1. Persatuan Cina masih tidak puas hati

Walaupun Dong Zong akur dengan perintah Mahkamah Kajang supaya membatalkan persidangan bantah tulisan jawi yang dijadualkan pada Sabtu, sebanyak 17 persatuan Cina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah.

2. Kesihatan Ahli Parlimen Padang Besar

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mengalami sesak nafas awal pagi Sabtu, malam tadi dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, selepas terdahulu ditempatkan di Unit Rawatan Koronori, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

3. Pesawat ringan terhempas di Louisiana

Sebuah pesawat ringan terhempas di tempat letak kereta pejabat pos di Louisiana, Amerika Syarikat pada Sabtu, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima terbunuh.

4. Sambut tahun baru di festival lampu Putrajaya

Festival Light and Motion Putrajaya 2019 (LAMPU 2019) kembali untuk tahun ketujuh, bermula malam tadi hingga 31 Disember, bertemakan ‘Beautiful Malaysia’.

5. Keputusan Liga Perdana Inggeris

Norwich City 2-2 Tottenham Hotspur
West Ham United 1-2 Leicester City
Burnley 0-2 Manchester United

Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Jumaat di sini.




Source link