[ad_1]

KUALA LUMPUR: Seramai 41 penyokong yang menghadiri perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi ditahan polis selepas disyaki terlibat insiden kekecohan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.

“Kesemua mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas selesai proses tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dicemari insiden kekecohan sejurus tamat perlawanan selepas berlaku provokasi antara dua kedua penyokong Malaysia dan Indonesia.

Difahamkan, kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.

BACA: Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan

BACA: “Sambut tetamu dengan akhlak baik” – nasihat Mufti KL kepada penyokong bola sepak

BACA: Gantung Gelora Bung Karno penyelesaian terbaik – Hamidin

Insiden tersebut dipercayai rentetan daripada tindakan penyokong dari Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium ketika Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya berjaya menumpaskan Garuda, 2-0.



[ad_2]
Source link