[ad_1]

PUTRAJAYA: Empat individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pada Sabtu. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua daripada mereka ditahan kerana menyertai aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sementara masing-masing seorang individu ditahan di pusat karaoke dan terlibat dalam aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial.

“Kesemua mereka diberikan kompaun,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 66,063 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pemantauan SOP PKPP.

Dalam pada itu, beliau menambah, polis turut menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) atas kesalahan imigresen ketika menjalankan Operasi Benteng.

Katanya, pihak penguat kuasa menjalankan 68 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara pada Sabtu. 

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memasuki negara secara haram.



[ad_2]
Source link