[ad_1]

TAWAU: Seramai 350 ahli tabligh sekitar daerah Tawau, Sabah yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu digesa melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Jenis 2, Jalan Chong Thien Vun.

Setakat ini seorang lelaki berusia 58 tahun merupakan kontak rapat dengan lelaki warga Brunei positif COVID-19 selepas menyertai perhimpunan itu telah dikuarantin di Hospital Tawau.

BACA: COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling

Menurut Pegawai Pejabat Kesihatan Tawau, Dr G Navindran mereka yang tidak mengalami gejala COVID-19 dikehendaki menghubungi pegawai kesihatan Tawau dan akan dikuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari.

Dalam pada itu tinjauan Astro AWANI di Klinik Kesihatan Jenis 2, Jalan Chong Thien Vun pada petang Rabu mendapati sebahagian ahli tabligh sudah tampil untuk menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan itu di Masjid Sri Petaling, di sini pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, usaha itu dilakukan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang mengesan satu kes positif COVID-19 dikesan ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.



[ad_2]
Source link