[ad_1]

GOMA: Sebuah pesawat komersil dilaporkan terhempas di kawasan perumahan di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 individu.

Menurut kenyataan pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita, pesawat yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee terhempas ketika dalam penerbangan ke bandar Beni, kira-kira 250 kilometer di utara.

Ketika kejadian, pesawat Dornier 228-200 dilapor membawa 16 penumpang dan dua anak kapal

Antara yang terkorban termasuk sembilan penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Buat masa ini, punca pesawat tersebut terhempas masih belum diketahui.

Bagaimanapun, ada sumber mendakwa pesawat itu mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.

Kemalangan udara kerap berlaku di Congo kerana standard keselamatan rendah dan penyelenggaraan teruk.

Semua syarikat penerbangan komersil negara itu diharamkan beroperasi di Kesatuan Eropah.



[ad_2]
Source link