[ad_1]

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand akan memutuskan pada 21 Jan sama ada membubarkan Future Forward Party (FFP) berhubung dakwaan parti pembangkang itu cuba menggulingkan raja berperlembagaan.

Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh peguam Natthaporn Toprayoon pada Julai memohon bagi pembubaran parti itu.

Dilaporkan sebelum ini, mahkamah mengatakan perbicaraan tidak akan dijalankan kerana terdapat bukti yang mencukupi dalam kes itu.

Dalam respons segeranya, FFP berkata ia telah mengemukakan kepada mahkamah dokumen untuk menentang tuduhan dalam petisyen itu selepas permohonan untuk dibicarakan ditolak.

Sementara itu, Mahkamah Perlembagaan telah memberikan parti itu 15 hari untuk menjawap tuduhan berasingan yang ia telah melangggar undang-undang pilihan raya dengan menerima pinjaman daripada pemimpinnya – Thanathorn Juangroongruangkit.

Suruhanjaya Pilihan Raya memfailkan petisyen awal bulan ini di Mahkamah Perlembagaan untuk membubarkan FFP kerana mendakwa parti itu telah melanggar Seksyen 72 Akta Parti Politk selepas Thanathorn menawarkan pinjaman 191 juta baht kepada partinya dengan pembayaran balik dalam masa tiga tahun.

Bulan lepas, kelayakan Thanathorn, 40, sebagai Ahli Parlimen dibatalkan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melanggar undang-undang pilihan raya susulan masih menjadi pemegang saham dalam V-Luck Media Company semasa menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac.

Susulan pilihan raya umum, FFP menjadi parti ketiga terbesar di negara itu dan menjadi sebahagian daripada blok pembangkang. Ketika ini FFP memiliki 79 Ahli Parlimen, di Dewan Rakyat.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link