Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 17,786 kes positif COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini terus meningkat kepada 1,113,272 kes.

Berdasarkan statistik, Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 6,400 kes, diikuti WP Kuala Lumpur 1,962 dan Kedah 1,389 kes.

Sementara itu, terdapat empat negeri mempunyai angka jangkitan melebihi 1,000 kes iaitu WP Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Sabah.

Manakala Perlis pula terus mencatat kes dua angka buat hari ketiga berturut-turut dengan 16 kes hari ini.

Maklumat mengenai kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.

Sumber: KKM




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.