[ad_1]

LAHAD DATU: Sebanyak 15 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Panji, Lahad Datu, petang tadi.

Menurut Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan Abu Bakar Taraji, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 minit petang melalui panggilan MERS999.

“Kira-kira 20 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dan BBP Kunak  kemudian bergerak ke lokasi kejadian menggunakan lima jentera termasuk EMRS.

“Turut sama membantu ialah Pasukan Bomba Sukarela Silam,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran, empat pancutan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada pukul 4.14 petang dan kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut Abu Bakar, pasukan bomba kini masih menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar selamat.



[ad_2]
Source link