[ad_1]

KUANTAN: 13 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di sini sedang diburu selepas hilang melarikan diri daripada pusat terbabit, pagi hari ini. 

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kehilangan pelatih berkenaan disedari dua pengawai di pusat berkenaan ketika membuat pemeriksaan kira-kira jam 5.30 pagi. 

 

“Hasil maklumat daripada pelatih yang tinggal, kesemua mereka dipercayai telah melarikan diri pada jam 2 pagi dan hanya disedari tiada pada jam 5.30 pagi setelah tidak hadir ‘rollcall’ pagi. 

 

“Berdasarkan siasatan, tindakan pelatih tersebut memang telah dirancang berdasarkan penemuan papan polisterin yang mengandungi imej lakaran kedudukan asrama dan pagar serta laluan untuk melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. 

 

Beliau berkata, pelatih berkenaan adalah, Mohd Faiz Aizat Zulkifli, 23, Muhammad Shafiq Ikmal Abdullah, 22,  Muhammad Hazuraidi Hashim, 24, Mohd Arif Asyraf Sudin, 23, Ahmad Asmani Rosdi, 21,  Muhamad Shafiq Adha Ali, 23, Mohamad Sharizal Norizan, 25.

Polis bersama PUSPEN dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan Op Kesan bagi memburu kesemua pelatih yang melarikan diri.  - Foto PDRMFoto PDRM

 

“Selain itu, pelatih yang turut melarikan diri adalah, Muhammad Shahrul Nizam Pauzi, 21, Muhammad Zaharul Haffiz Mohd Harun, 24, Mohamad Aliff Norazlie, 23, Muhammad Ridzuan Abdullah, 23, Muhammad Amirul Shazwan Mohd Zain, 19, dan Muhammad Fathi Syahmi Zakaria, 20,” katanya. 

 

Katanya, polis bersama PUSPEN dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan Op Kesan bagi memburu kesemua pelatih yang melarikan diri. 

 

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesemua pelatih ini dimohon agar menyalurkan segera kepada pihak polis atau ke balai berhampiran masing-masing,” katanya. 

 



[ad_2]
Source link