[ad_1]

QUETTA: Satu kejadian letupan telah berlaku di sebuah masjid di bandar Quetta di barat daya Pakistan pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 13 individu, termasuk seorang pegawai kanan polis.

Memetik laporan Reuters, insiden turut menyebabkan 20 yang lain cedera.

Polis berkata, bom tersebut telah ditanam di dalam masjid berkenaan dan meledak ketika waktu solat pada sebelah petang Jumaat.

“Setakat ini, 13 mayat mangsa terkorban dan 20 yang cedera dibawa ke sini,” kata jurucakap hospital tempatan, Dr Wasim Baig kepada Reuters, sambil menambah bahawa ramai mangsa mengalami kecederaan serius.

Seorang pegawai kanan polis, Haji Amanullah adalah antara yang maut. Anaknya dibunuh oleh individu yang tidak dikenali bulan lepas.

Jurucakap tentera Pakistan berkata pihak tentera kini giat melakukan operasi mencari di sekitar tapak kejadian.



[ad_2]
Source link