[ad_1]

TOKYO: Sekurang-kurangnya 10 penumpang kapal pesiaran Princess Diamond yang dikendalikan syarikat Carnival Japan Inc telah disahkan positif wabak koronovirus.

Perkara tersebut disahkan Menteri Kesihatan Jepun pada Rabu.

Kesemua penumpang kapal persiaran kini sedang berada di dalam kabin masing-masing bagi tujuan kuarantin.

Kapal pesiaran tersebut membawa sekurang-kurangnya 2,666 penumpang dan 1,045 anak kapal.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 80 tahun dikatakan terbang ke Jepun untuk menaiki kapal pesiaran tersebut selama lima hari bermula 20 hingga 25 Januari.

Pada mulanya dia hanya mengalami masalah batuk, namun tidak ada sebarang demam hingga 30 Januari sehari sebelum beliau disahkan dijangkiti virus itu di Hong Kong, lapor NHK.

Setakat ini, 20 kes koronavirus dan satu kematian dilaporkan di Jepun.



[ad_2]
Source link