[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: Malaysia catat penurunan kes harian, kembali kepada dua digit

Jumlah jangkitan harian COVID-19 kembali kepada dua angka dengan hanya 15 kes positif dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

2) Hydroxychloroquine tidak mampu sekat jangkitan COVID-19

Penggunaan ubat Hydroxychloroquine dalam merawat pesakit COVID-19 dilihat hanya dapat membantu dalam rawatan pesakit COVID-19 namun tidak mampu untuk menghalang jangkitan virus bekenaan.

3) Positif, tapi boleh discaj selepas 14 hari? Ini penjelasan Dr Noor Hisham

Individu yang masih positif hasil ujian RT-PCR selepas 14 hari dan tiada gejala, boleh dibenarkan discaj daripada wad.

4) Enam pelajar warga Thailand positif COVID-19, ICQS Padang Besar ditutup

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar ditutup sepenuhnya bermula hari ini selepas enam pelajar warga Thailand yang melaluinya disahkan positif COVID-19.

5) Mesyuarat pasca Kabinet: Tiada individu lain positif

Kesemua individu yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati negatif COVID-19.

NORMAL BAHARU

1) Normal baharu: Tidak perlu kursus praperkahwinan, hanya temu duga ringkas di Kedah

Pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak perlu lagi mengikuti kursus praperkahwinan sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temu duga ringkas.

2) COVID-19: Pusat beli belah Sunway catat peningkatan jualan 50 peratus

Jualan di pusat beli belah di bawah kumpulan Sunway mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding pengoperasiannya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3) Operasi sanitasi: Bukan cucian biasa, pemilik premis perlu ikut SOP KKM – Ismail Sabri

Pemilik premis perniagaan swasta yang ingin melakukan proses sanitasi sebelum memulakan operasi perlu mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) terutama membabitkan bahan kimia yang digunakan.

4) PKPB: Memancing berseorangan di tepi sawah, tasik tidak akan ditangkap – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan aktiviti memancing di kolam tidak dibenarkan kerana ia membabitkan perhimpunan ramai orang.

5) Kedai gunting rambut, salun dibenar beroperasi semula di California

Kedai gunting rambut dan salun di California, Amerika Syarikat (AS) akan dibenarkan beroperasi semula selepas sekatan dikenakan akibat pandemik COVID-19.



[ad_2]
Source link