ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 26 Mei 2020.

1) COVID-19: 187 kes baharu, 62 pulih dan tiada kematian

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,448 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

2) KKM kesan kontak rapat pegawai depoh tahanan imigresen positif COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan kontak rapat seorang pegawai pentadbiran di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih yang disahkan positif COVID-19.

3) COVID-19: Malaysia masih guna ubat ‘hydroxychloroquine’ untuk rawat pesakit

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penggunaan ubat tersebut termasuk kesan sampingan kepada pesakit. 

4) Penginapan sesak antara punca utama penularan COVID-19 kluster tapak pembinaan

Mengulas perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penginapan yang sesak mengakibatkan penghuni tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial.  

5) PKPB: Padah palsu surat kebenaran rentas negeri sambut Aidilfitri di kampung

Tindakan seorang penjawat awam memalsukan surat kebenaran merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung di Pendang membawa padah apabila dia dan keluarganya tidak dibenarkan kembali ke Putrajaya.

6) 40,000 peluang pekerjaan akan diwujud menerusi pakej rangsangan ekonomi keempat Singapura

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sebagai ‘Fortitude Budget’ itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion).

7) #IndonesiaTerserah! Luahan kecewa akibat terlalu ramai tidak patuh penjarakan sosial

Kata kunci “Indonesia? Terserah!!!” menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat disana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang telah ditetapkan dalam membendung wabak COVID-19.

8) WHO beri amaran mungkin berlaku puncak kedua peningkatan kes COVID-19

Pengarah Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata, lengkungan gelombang pertama penularan virus tersebut mungkin akan mengandungi puncak kedua pada grafnya.

9) COVID-19: Kanak-kanak bawah dua tahun tidak digalakkan pakai ‘mask’

Perkara itu dimaklumkan sebuah Persatuan Perubatan Jepun yang turut menggesa ibu bapa memandang serius kepentingan memahami risiko berkenaan.

10) Arab Saudi akan hentikan perintah berkurung pada 21 Jun, kecuali di Mekah

Arab Saudi akan mula mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan minggu ini, lebih dua bulan selepas pergerakan diperketatkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.




Source link