[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 14 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

COVID-19: 40 kes baharu, 70 pulih, 1 kematian

Malaysia merekodkan 40 kes baharu COVID-19 dengan 31 kes adalah di kalangan bukan warganegara. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kes import dilaporkan pada Khamis.

Kluster terbaharu dikenal pasti di madrasah di Solok Duku

Satu lagi kluster baharu dikenal pasti melibatkan sebuah madrasah di Solok Duku, Masjid Tanah Melaka. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 107 pelajar, guru dan ahli keluarga telah disaring.

Lebih 1,000 madrasah persendirian masih belum lakukan saringan COVID-19

Lebih 1,000 madrasah persendirian masih belum melakukan saringan COVID-19, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

KKM kesan kontak rapat mangsa COVID-19 yang berjalan kaki balik kampung

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat kes kematian COVID-19 ke-110 semalam melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui mati di tepi jalan di Rompin, Pahang.

Dr Zulkifli gariskan panduan solat Jumaat, Aidilfitri dan berjemaah di Wilayah Persekutuan bermula esok

Semua masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih yang terletak di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula esok.

NORMAL BAHARU

Ini lima jenis sukan yang mungkin anda tidak tahu ia dilarang semasa PKPB

Meskipun pihak kerajaan kini membenarkan orang ramai untuk beriadah seperti berjoging di taman rekreasi dan sebagainya, tidak kesemua jenis aktiviti dibenarkan pada waktu ini.

Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid

Solat sunat Aidilfitri di Pahang pada 1 Syawal nanti tidak akan dilaksanakan di masjid berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

Aplikasi pejabat jarak jauh penting bagi perniagaan – Alibaba Cloud Intelligence

Lebih banyak aplikasi pejabat jarak jauh dijangka dilancarkan dalam tempoh terdekat selain menjadi semakin penting untuk kesinambungan perniagaan memandangkan ramai sudah terbiasa bekerja dari rumah serta belajar secara dalam talian berikutan COVID-19, menurut Alibaba Cloud Intelligence.

Beli-belah dalam talian jadi normal baharu rakyat Malaysia – Shopee

Tingkah laku pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, telah mendorong perniagaan dari seluruh industri untuk memacu kehadiran digital mereka.

Anda masih bekerja dari rumah? Amalkan tip ini untuk elak konflik kerja dan keluarga

SUSULAN lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), segelintir para pekerja terpaksa akur dengan keputusan itu sekali gus menerima hakikat bahawa mereka perlu sambung beberapa minggu lagi untuk bekerja dari rumah.

Ini kerana, masih ada syarikat yang memilih untuk membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan.



[ad_2]
Source link