[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 11 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: 70 kes baharu, 88 pulih, satu kematian dilaporkan

Malaysia mencatatkan pertambahan 70 lagi kes baharu pada Isnin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, 70 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 13 kes import dan 57 penularan tempatan.

2) Majikan disaran amalkan ‘3C’ elak penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja

Majikan disarankan agar mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mengamalkan konsep ‘3C’ bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing.

3) Tiada bukti saintifik jangkitan COVID-19 melalui makanan – Dr Noor Hisham

Tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa jangkitan COVID-19 boleh menular kepada manusia melalui makanan, demikian tegas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

4) COVID-19: KKM kesan 207 kes sporadik – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat ini sebanyak 207 kes daripada keseluruhan kes positif COVID-19 diklasifikasikan sebagai jangkitan sporadik.

5) KKM tidak sarankan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) Antibodi

Penggunaan kit ujian pantas (RTK) antibodi di klinik swasta bagi saringan pekerja untuk kembali bertugas tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

NORMAL BAHARU

1) PKP: Lemang periuk kera ‘online’ laris

Bagi seorang pengusaha kedai makan di Kuala Kangsar, tiada istilah ‘berehat’ walaupun pekerja di kedai makannya dihantar pulang ke negara asal Thailand dan tiada kemungkinan membuka perniagaan dalam masa terdekat.

2) OKU cekal berdikari, pilih berniaga melalui Facebook Live

Status orang kelainan upaya (OKU) bukan penghalang bagi Dale Adelric Teri yang menghidap Cerebral Palsy (CP) berusaha dan berdikari untuk meraih pendapatan sendiri.

3) Normal baharu: Pengusaha tanaman nanas jual dalam talian ketika PKP

Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih dan biskut apabila perayaan itu tiba.

4) Aplikasi MySejahtera, apa yang anda perlu tahu

Kini aplikasi MySejahtera diperkenalkan bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

5) PKPB dilanjutkan, rakyat perlu tabah sambut raya tahun ini

Sedar tak sedar, sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia tabah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun dalam keadaan ‘keterpaksaan’



[ad_2]
Source link