[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 10 Mei 2020. 

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) Kerajaan lanjutkan PKPB sehingga 9 Jun, pastikan usaha perangi COVID-19 lebih berkesan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi COVID-19 masih belum berjaya sepenuhnya.

2) PKPB: PM mohon maaf, larangan rentas negeri sepanjang musim perayaan masih berkuat kuasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, larangan itu kekal berkuatkuasa sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, dan Hari Gawai, bagi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysi

3) COVID-19: 67 kes baharu, tiada kematian direkod

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengesahkan sebanyak 67 kes COVID-19 baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 6,656 kes.

4) Pasar Jalan Othman, PJ diwartakan PKPD kelapan – Ismail Sabri

KKM telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor

5) COVID-19: Aktiviti pendekatan tertumpu beri impak positif – KP Kesihatan

Pelaksananaan aktiviti pendekatan tertumpu atau targeted approach berjaya menunjukkan impak positif dalam mengesan lebih banyak kes jangkitan COVID-19.

NORMAL BAHARU

1) Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat – Dr Jomo Kwame

Itu kata pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram mengenai kemungkinan ekonomi negara akan pulih dalam masa terdekat.

2) Normal baharu: Ujian Tilawah Al-Quran secara dalam talian

Buat kali pertama dan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan negeri Perak akan menganjurkan Ujian Tilawah Al-Quran Remaja Peringkat Negeri secara dalam talian.

3) Sabah benarkan sektor pelancongan beroperasi hari ini

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya meliputi pelancongan domestik (dalam negeri sahaja) dan semua operasi perhotelan dibenarkan.  

4) Rom, Paris pilih berbasikal untuk bergerak, elak risiko jangkitan COVID-19

Ahli Majlis Hal Ehwal Pengangkutan Rom, Pietro Calabrese menjelaskan, lorong-lorong baharu sejauh 150 kilometer itu bersifat kekal meskipun keadaan darurat akibat COVID-19 tamat kelak. 

5) PM pinta sedikit masa lagi untuk JAKIM perhalusi SOP solat berjemaah

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selepas SOP itu dimuktamadkan, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan.



[ad_2]
Source link