ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Januari 2020.

1) Kereta mewah terbakar di hadapan Pavilion

Orang ramai yang berada di sekitar kawasan komersial Bukit Bintang di ibu negara gempar apabila sebuah kenderaan mewah rentung dijilat api di hadapan pusat beli-belah Pavilion.

2) Anwar jawab isu pengunduran Tun Mahathir

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri perlu dilakukan mengikut cara yang betul.

3) Bekas JKKK didakwa pecah amanah duit sumbangan bina surau

Zulkifle Othman, 58, yang juga bekas Ketua Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubuk Salak tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan

4) Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

5) Tutup kes! Bukti kes serangan seksual ahli politik ternama tidak cukup – AGC

Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa seorang ahli politik yang dinamakan dalam satu kes serangan seksual, atas alasan, tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

6) 15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari – Lim Guan Eng

Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

7) Pembekal swasta kehabisan stok vaksin, 100,000 dos ditambah bulan ini – KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan perkara itu berlaku disebabkan peningkatan pola permintaan terhadap vaksin tersebut.

8) Letusan gunung berapi, pelajar Malaysia dipindah ke Manila

Seramai 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) di wilayah Batangas dipindahkan ke Manila susulan letusan gunung berapi Taal.

9) Bakal jururawat berhati mulia, bantu warga emas kencing dalam seluar, basuh tandas awam

Ia mengenai keluhuran pekerti seorang bakal jururawat yang membantu seorang warga emas yang juga orang kurang upaya.

10) Putera Harry, Meghan tidak mahu guna duit rakyat, bakal jana pendapatan sendiri

Pasangan itu dikhabarkan bakal menjana pendapatan dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kos keselamatan mereka, sebaik sahaja keputusan untuk keluar daripada barisan keluarga diraja British dimuktamadkan.





Source link