[ad_1]

ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 10 Januari 2020.

1) Tun Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

2) Proton Perdana kekal kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri

Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

3) JPJ Sabah siasat video tular pegawai pukul orang awam

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat video tular melalui WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal dipukul individu yang baru turun dari sebuah kenderaan JPJ.

4) Latheefa patut letak jawatan – Azwan Bro

Bekas Senator Dewan Negara, Khairul Azwan Harun mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya meletak jawatan bagi menjaga imej serta intergriti SPRM daripada terus tercemar.

5) Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit

Seorang Penolong Pegawai Penyiasat Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, di sini petang Jumaat.

6) Wanita terbunuh, anak dan adik cedera parah kereta langgar pokok

Seorang wanita maut manakala adik dan anaknya cedera parah selepas kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar pokok sebelum terbabas ke dalam parit di Jalan Salim-Stabau di sini pada pagi Jumaat.

7) Kimanis Memlih: ‘Cukuplah tidur dalam kereta’ – Shafie Apdal

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara pemimpin yang mempunyai jadual yang padat sepanjang kempen Pilihan Raya (PRK) Kimanis yang memasuki hari ketujuh kempen, hari ini.

8) Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

9) 13 maut dalam kejadian letupan masjid di Pakistan

Satu kejadian letupan telah berlaku di sebuah masjid di bandar Quetta di barat daya Pakistan pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 13 individu, termasuk seorang pegawai kanan polis.

10) Bahana #Megxit, patung Harry, Meghan di Madame Tussauds ‘hilang’

Muzium patung lilin terkemuka, Madame Tussauds London telah mengambil keputusan mengalihkan patung Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle daripada barisan patung keluarga diraja British.



[ad_2]
Source link