[ad_1]

ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Januari 2020.

1) Air mata pemimpin agung Iran ‘tumpah’ imamkan solat jenazah Soleimani

Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.

2) Hanya produktiviti, bukan subsidi, mampu atasi kemiskinan – PM Mahathir

Pemberian bantuan dan subsidi secara berterusan tidak akan dapat membantu golongan kurang berkemampuan.

3) Dunia berjaga-jaga, China nafi SARS kembali melanda

Beberapa pintu masuk negara Asia yang menerima kunjungan dari  China mula mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat dari Wuhan, ekoran penularan wabak radang paru-paru dan pernafasan

4) Aktres popular Indonesia, Ria Irawan meninggal dunia

Ria, yang terkenal dengan filem Pelangi di Hatiku dan Berbagi Suami  itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat.

5) Pemimpin politik jangan bebankan polis dengan kes remeh – KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan kepada semua ahli dan pemimpin politik agar menggunakan kebijaksanaan dan bersabar sentiasa berhemah dalam melakukan sebarang aktiviti.

6) Shafie nafikan gambar tular beri sedekah adalah di Kimanis

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan gambar tular mengaitkan dirinya sedang memberikan wang di sebuah tempat beribadah Islam berlaku di Kimanis.

7) Jho Low dakwa dapat tawaran suaka di negara Eropah

Dalam satu temu bual bersama Straits Times (ST) Singapura, Jho Low mendedahkan negara tersebut mematuhi Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia (ECHR).

8) Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra

Pelajar Malaysia yang menetap di Canberra, Aiman Nasrullah Mohamad Arifin berkongsi detik cemas yang dialaminya susulan kebakaran hutan di benua tersebut.

9) Tayar pecah punca kemalangan lapan kenderaan, tiga maut, di Lebuhraya PLUS

Tayar treler pecah dipercayai menjadi punca kemalangan lapan kenderaan di Kilometer 246.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, malam Ahad, yang menyebabkan tiga maut dan sembilan cedera.

10) Seret motosikal sejauh dua kilometer sampai berapi, pemandu ditahan

Seorang pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes merempuh dan menyeret motosikal yang diparkir di tepi jalan.



[ad_2]
Source link