[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 4 Januari 2020.

1) “Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal” – Abang Jo

Itu ulasan ringkas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Khamis lalu.

2) Terserah kepada PM tentukan pengganti Maszlee – Guan Eng

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan bersama bagi mencari pengganti kepada Dr Maszlee Malik yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

3) Tiada keperluan PH bermesyuarat untuk pilih pengganti Maszlee – Bersatu

Tidak wujud keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat bagi memilih Menteri Pendidikan yang baharu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

4) PRK Kimanis adalah “friendly election” – Calon BN

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin menyifatkan pertembungan dengan calon Pakatan Harapan (PH) – Warisan, Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis sebagai “friendly election”.

5) Atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata maut dalam kebakaran

Atlet angkat berat kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, di sini terbakar dalam kejadian pada tengah hari Sabtu.

6) Kerusi CRS: Jangan pertaruh nyawa anak semata-mata ingin jimatkan wang! – Pakar

Demikian saranan Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani yang menasihati ibu bapa agar tidak terpedaya dengan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang murah.

7) Tiga penuntut Malaysia cedera dalam insiden rompakan di Afrika Selatan

Tiga penuntut warganegara Malaysia di University of Newcastle cedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat malam.

8) Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat – Iran

Presiden Iran, Hassan Rouhani menziarahi ahli keluarga Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat.

9) Kebakaran hutan Australia: Langit bertukar merah darah di Mallacoota

Susulan kebakaran hutan yang semakin buruk di Australia, langit di Mallacoota dilihat berwarna merah darah.

10) Cameron Diaz dikurniakan anak perempuan pada usia 47 tahun

Pelakon terkenal Hollywood, Cameron Diaz, dikurniakan bayi perempuan yang diberikan nama Raddix Madden.



[ad_2]
Source link