[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Isnin, 30 Disember 2019.

1) Masalah teknikal punca pesawat AirAsia berpatah balik selepas tiga minit berlepas

Menurut syarikat penerbangan tambang murah itu, pesawat AK9327 itu dan semua penumpang selamat mendarat di LTAB Langkawi pada 9.40 pagi yang sama.

2) Mesin bergerak tiba-tiba, lelaki temui ajal dalam mesin pengisar daging

Dalam kejadian sekitar 7.45 pagi itu, mangsa, Indra Prasad Bhattarai, 47, dikatakan terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja pembaikan mesin.

3) Ahmad Dhani bebas dari penjara hari ini

Memetik laporan Kompas, bersongkok selepas dihukum penjara 18 bulan setelah didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.

4) ‘Semoga Allah terima umrah kami’ – Raja Permaisuri Agong dan anakanda di Tanah Suci

Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

5) Tiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM

Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh berumur 24, 25 dan 26 tahun itu telah hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu.

6) Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat

Berbaki tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, MGF masih runsing memikirkan persiapan buat gimnas negara, Farah Ann, untuk menghadapi temasya itu

7) Saya gembira, tapi tidak bangga – Bapa Greta Thunberg

Svante berkata dia tidak menyokong tindakan anaknya yang memilih untuk tidak ke sekolah, namun tidak mempunyai pilihan kerana tidak mampu menentang hujah Greta.

8) Anggota tentera maut kereta dipandu hilang kawalan di Felda Tebrau

Kenderaan Perodua Viva yang dipandu Sarjan Mohd Shariff Mohd Yusoff, 36, dari arah Ulu Tiram menghala Felda Ulu Tebrau hilang kawalan lalu melanggar Perodua Bezza dari arah bertentangan.

9) Bangunan Perkeso Kota Bharu diserang sekumpulan lelaki ‘mengamuk’

Lebih 250 petugas tiga jabatan kerajaan di bangunan Wisma Perkeso di sini bergegas meninggalkan tempat kerja masing-masing apabila perkhidmatan siar raya meminta mereka segera mengosongkan bangunan itu.

10) Farkhan tumbangkan petinju Tanzania, pertahan tiga tali pinggang kejuaraan

Petinju negara Farkhan Haron mempertahankan tiga tali pinggang kejuaraan dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor dengan menumbangkan lawan dari Tanzania, Pasca Ndomba, dengan technical knock-out (TKO) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Iskandar Puteri.



[ad_2]
Source link