ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 24 Disember 2019.

1) Syed Saddiq pulangkan elaun, protes pekeliling JPA

Potong elaun menteri, bukan elaun penjawat awam! Demikian tegas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa.

2) Penjawat awam lelaki di Kelantan wajib pakai songkok setiap Khamis

Semua 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan diwajibkan memakai songkok ketika bertugas di pejabat pada setiap Khamis berkuat kuasa serta-merta .

3) Tinggal seminggu, pekerja PATI bakal diburu, jangan tunggu, serah diri elak kena gari

Sejak Isnin, seramai 1,200 pekerja asing dari kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah menyerah diri mendaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di Pulau Pinang untuk pulang ke negara asal.

4) Tular: Perarakan bendera Komunis di Butterworth? Ini reaksi polis

Polis menafikan rakaman tular di laman sosial yang didakwa perarakan membawa bendera Parti Komunis Malaya (PKM), sebaliknya ia adalah perarakan sempena Pesta Chingay yang diadakan di Butterworth.

5) Dua jam yang mendebarkan, kanak-kanak perempuan hilang dalam ladang kelapa sawit

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di ladang kelapa sawit di Kampung Baru Bidor Stesen, Bidor, hari ini, ditemui selamat beberapa jam kemudian.

6) Empat pelajar MRSM menang emas pertandingan robotik antarabangsa

Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand pada 15 hingga 20 Dis lepas.

7) Kanak-kanak maut terjatuh dari beranda rumah air di Labuan

Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dari beranda rumah neneknya di penempatan atas air di Kampung Patau-Patau Satu, Labuan, pada Selasa.

8) ‘Sudah 57 tahun, hari-hari saya dipanggil Slamet Hari Natal’

Slamet Hari Natal, bukanlah sekadar ucapan bersempena sambutan Hari Krismas di Indonesia, tetapi juga adalah pemilik nama kepada seorang lelaki.

9) Tiga ditemui mati dalam insiden tembakan dan bunuh diri pada malam Krismas

Sekurang-kurangnya tiga orang dewasa ditemui mati dalam insiden tembakan dan bunuh diri pada malam sambutan Hari Krismas di Lakeland, Florida, Amerika Syarikat.

10) Taufan Phanfone badai Filipina, ribuan penduduk dipindahkan

Kemeriahan sambutan Krismas di tengah Filipina bertukar suram selepas Taufan Phanfone membadai negara itu pada malam menjelang Krismas.





Source link