ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 24 Disember 2019.

1) Bilik tidur asrama tahfiz musnah dalam kebakaran

Seramai 18 pelajar Ma’ahad Tahfiz Imam Al Jahzari di Jalan Bunga Raya 6, dekat Tongkang Yard, Alor Setar terselamat kerana sempat berlari keluar apabila bangunan asrama mereka musnah dalam kebakaran.

2) Wanita jadi tebusan kejadian rompakan bank di Ipoh

Seorang perompak bersenjatakan pistol menjadikan pelanggan wanita sebagai tebusan sebelum melarikan wang tunai RM28,000 dalam kejadian rompakan sebuah bank di Taman Silibin, di Ipoh pada Selasa.

3) Kes kematian Altantuya mungkin dibuka semula – Tommy Thomas

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata pihaknya berkemungkinan akan membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang didakwa ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

4) Takziah… Sistem sokongan hayat cucu Prof Muhaya dimatikan

Penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memuat naik status di laman Instagram mengenai pemergian cucunya, Muhammad Ahmad Aiman pagi Selasa.

5) Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman

Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan ‘menggelapkan’ kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini.

6) Kes bunuh CEO Cradle Fund: ‘Saya putuskan hubungan dengan Samirah’ – Abang ipar

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu abang kepada Allahyarham Nazrin Hassan telah membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan isteri mangsa, Samirah Muzaffar sejurus selepas kes kematian adiknya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

7) Dua penjenayah ditembak mati, mangsa culik ahli perniagaan cedera

Dua penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan ketika pihak polis cuba menyelamatkan seorang mangsa culik, yang juga seorang ahli perniagaan.

8) 25 maut bas terjun gaung di Palembang

Sekurang-kurangnya 25 maut manakala 13 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Indonesia.

9) Boeing pecat CEO Dennis Muilenburg selepas gagal tangani persepsi buruk

Boeing memecat ketua pegawai eksekutif Dennis Muilenburg selepas gagal menguruskan kesan daripada tragedi yang mengakibatkan ia menggantung pengeluaran pesawat MAX 737.

10) Mira Filzah bakal tamatkan zaman bujang?

Mira Filzah  dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.





Source link