[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Khamis, 19 Disember 2019.

1) Dua sahabat hendak beli keperluan sekolah maut kemalangan

Hasrat dua sahabat baik untuk pergi ke pekan Sungai Petani untuk membeli barangan persiapan sekolah bertukar tragedi apabila kedua-dua maut dalam kemalangan.

2) KL Summit 2019: OIC gagal … – Hadi Awang

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019 memberi gambaran jelas terhadap kelemahan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

3) Negara Islam jangan terlalu bergantung dolar AS – Dr Mahathir

Perkara itu, Dr Mahathir sendiri pernah suarakan pada satu masa dahulu, bagi mengekang penguasaan matawang dolar AS ke atas negara yang sedang membangun.

4) Tiada langsung kemajuan dalam dunia Islam, sindir Erdogan terhadap OIC

Walaupun tidak menyebut secara terang-terangan nama pertubuhan itu, Erdogan dipercayai menuju kritikannya ke arah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

5) ‘Kuasa beli rakyat semakin lemah, bersatulah negara Islam’ – Hassan Rouhani

Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesediaan Iran untuk bekerjasama dengan negara Islam lain dalam menangani kesukaran dan tekanan dari kuasa-kuasa luar khususnya dalam ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

6) Selepas Clinton dan Johnson, Trump presiden AS ketiga didakwa

Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah yang diundi oleh Dewan Perwakilan untuk didakwa menerusi perbicaraan di Dewan Senat atas kesalahan menyalah guna kuasa.

7) “Alif boleh ambil mama malam ni?” – Nora kongsi perbualan akhir dengan arwah anak

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya.

8) Penduduk terkejut bunyi ‘dentuman’, rupanya lelaki maut terjun rumah pangsa

Penduduk terkejut apabila mendapati bunyi kuat tersebut sebenarnya adalah kesan hentaman tubuh lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat 17 rumah pangsa berkenaan.

9) Bomba bantu turunkan jenazah 200 kilogram ke liang lahad

Wanita menghidap penyakit misteri hingga berat badan naik mencecah 200 kilogram (kg) yang meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, di sini selamat dikebumikan.

10) Artis kontroversi Vanessa Angel nikah senyap-senyap tanpa pengetahuan bapa?

Nama pelakon Indonesia, Vanessa Angel sekali lagi heboh diperkatakan apabila wanita itu dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan pasangannya yang hanya dikenali sebagai F.



[ad_2]
Source link