[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 5 Disember 2019.

1) Ahli PKR sabotaj kongres akan dipecat – Anwar

Mana-mana ahli atau pemimpin PKR yang menghadiri perhimpunan selain Kongress Nasional parti itu di Melaka bakal berdepan tindakan tegas termasuk dipecat dari parti.

2) Anwar arah peguam hantar notis undang-undang kepada Yusuf Rawther

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguam Ramkarpal Singh untuk menghantar notis undang-undang kepada bekas kakitangannya Muhammed Yusoff Rawther.

3) Pemimpin PKR kembali bersatu, dua kongres kini menjadi satu

Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan Parti Keadilan Rakyat, atau Parti Keadilan Nasional sejak 1999, hampir terjadi dua kongres berlangsung serentak, ekoran sengketa dalaman antara pemimpin parti yang seperti tidak berkesudahan.

4) Belum ada keputusan untuk Institusikan Muafakat Nasional – Tok Mat

Keputusan sama ada untuk menginstitusikan Muafakat Nasional bergantung kepada Laporan Kajian Peringkat Jawatankuasa Teknikal UMNO dan Pas, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

5) “Saya minta jasa baik, penuhkan dewan …” – Pengerusi Tetap Pemuda UMNO

Gara-gara terlalu banyak kerusi kosong sepanjang berlangsung sesi perbahasan perwakilan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019), sesi berkenaan dibuka kepada orang ramai tanpa perlu memiliki pas rasmi.

6) Kanak-kanak 9 tahun lemas ketika memancing bersama rakan

Hasrat lima sekawan untuk memancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kuala Lanjut, Alor Setar.

7) Bapa dipenjara 8 tahun, sebat lakukan serangan seksual terhadap anak

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya.

8) Jenazah Nassier Wahab selamat dikebumi

Jenazah Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, di sini.

9) Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?

Dalam kalangan pemain industri perfileman tanah air, spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) rancak diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

10) Terima kasih, Ong Kim Swee …

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.



[ad_2]
Source link