[ad_1]

ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 26 November 2019.

1) Insiden bendera Malaysia bintang pecah lima: Polis buka kertas siasatan

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung punca insiden paparan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima dalam satu acara pembukaan perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Isnin malam.

2) ‘Tolong maafkan kami’ – MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia lima bintang

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Malaysia Basketball Association atau MABA) hari ini memohon maaf atas kesalahan yang terpapar di bendera Malaysia sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28, Isnin malam.

3) “Budak 5 tahun pun boleh tahu..” – Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera

Alasan ‘tersilap bendera’ seperti yang dikemukakan oleh pihak Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman webnya pada siang tadi, langsung tidak boleh diterima oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

4) ‘Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa’ – Laporan

Selepas enam tahun berada di “perantauan”, abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan sudah kembali ke Perak pada 16 September lalu.

5) Anwar pertahan tindakan PKR pecat dua ahli, namun ruang rayuan perlu ada

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan pemecatan ke atas dua ahli parti berhubung penyelewengan adalah tepat, namun ruang untuk mereka buat rayuan harus diberikan.

6) ‘Konflik dalam PKR itu biasa, kerana ia dahulu lahir di jalan raya’ – Fahmi Fadzil

Konflik kepimpinan yang melingkari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan suatu perkara biasa kerana ia asalnya merupakan parti yang lahir ‘di atas jalan raya’, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

7) Warga emas di Kuala Nerus disahkan dijangkiti malaria manusia

Seorang warga emas lelaki berusia 78 tahun dari Kampung Tepoh, Kuala Nerus disahkan dijangkiti malaria manusia jenis Plasmodium Malariae pada 23 Oktober lalu.

8) Nafas tidak sewa hotel untuk PRK Tanjung Piai – Salahuddin

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini nafi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah memperuntukkan sejumlah dana untuk sewaan hotel bagi tujuan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

9) Tun Mahathir kagumi teknologi Korea Selatan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengagumi penguasaan teknologi Korea Selatan yang sekali gus mampu membantu negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.

10) Tolak banyak tawaran kerana kurang sihat, semangat Daud Kilau untuk menyanyi masih tinggi

Penghibur yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau mengaku beliau terpaksa menolak puluhan tawaran menyanyi termasuk dari Singapura dan Brunei selepas tahap kesihatannya semakin merosot sejak tiga tahun lepas.



[ad_2]
Source link