ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 11 November 2019.

1) Saya terkejut bila Najib terkejut dengan keputusan mahkamah – Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau terkejut akan reaksi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang terkejut mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkannya membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd.

2) Dua remaja pelajar tahfiz didakwa lakukan amang seksual fizikal

Dua pelajar tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki yang berusia 10 dan 13 tahun.

3) Pembuli jalan raya ditahan polis di Johor

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata, bertindak atas maklumat, ‘pembuli’ berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di Permas Jaya untuk membantu siasatan.

4) SRC: Najib diperintah bela diri

Datuk Seri Najib Tun Razak diperintah membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

5) Basikal Lajak: Enam penjaga ditahan di Ampang bantu siasatan

Padah berbasikal lajak, enam penjaga kepada kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

6) Pemandu bas didakwa memandu di bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian remaja

Seorang pemandu bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan pengaruh dadah dan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja, Khamis lepas.

7) PPSR 2019 boleh diperoleh pada 21 Nov

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi murid Tahun 6 boleh diperolehi pada 21 November mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

8) Australia isytihar darurat

Australia pada Isnin dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.

9) Warga China beli hartanah bernilai RM8.4 bilion di Malaysia pada 2018

Pembeli China menyumbang jualan hartanah sebanyak RM8.4 bilion pada 2018, atau 12.2 peratus daripada jumlah nilai urus niaga dan 0.4 peratus daripada jumlah urus niaga saham.

10) Bicara kes rogol Paul Yong bermula

Perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan anggota Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Keong, bermula di Mahkamah Sesyen di Ipoh.





Source link