10 berita pilihan sepanjang hari ini 1

DARI pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 5 Oktober 2019.

1) Tular: Polis terima laporan doktor dibelasah di Bandar Baru Bangi

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan daripada doktor lelaki itu sendiri.

2) Serbuan di klinik Dr Hamid Arshat demi kepentingan ramai, bukan perkauman

Serbuan dibuat selepas premis itu didapati masih gagal berdaftar sebagai klinik walaupun diberi peluang disamping menjual barangan yang tidak didaftar di bawah bahagian farmasi.

3) Jangan lupa, BN jatuh kerana Tun Mahathir dalam PH

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menulis bahawa mana-mana individu yang mempertikaikan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara harus dipersoalkan.

4) Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?

Sekalipun mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Bangsa Indonesia”, namun realitinya Indonesia terbahagi kepada dua kumpulan linguistik iaitu Austronesia dan Melanesia. 

5) Ambil tindakan pihak jual cecair nikotin atas talian

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kementerian memandang serius iklan penjualan vape di atas talian dan mengalu-alukan langkah SKMM menyekat iklan seumpama itu.

6) Quartararo sambar petak pertama GP Thailand

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu sekali lagi membuktikan kehebatan selaku pelumba muda dalam kelas MotoGP apabila menyambar petak utama pada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand.

7) Dalam berpolitik, gunakan pengaruh untuk beri manfaat kepada rakyat – Anwar

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, semangat Addabani Rabbi ini membuatkan seseorang tidak akan cenderung ke arah politik sempit, mengadu domba, perkauman termasuk rasuah.  

8) ‘Sampai jatuh sakit’ – Ini yang terbuku di hati Angelina Jolie selepas berpisah dengan Brad Pitt

Aktres jelita Angelina Jolie meluahkan isi hatinya apabila mengakui perceraian dengan bekas suami, Brad Pitt memberi kesan besar kepada dirinya termasuk berasa “tidak mengenali diri” sendiri.

9) Tak tergamak dedah keputusan peperiksaan, pelajar sudahnya gantung diri di hari konvokesyen

Seorang pelajar, Nicholas Turner, 23, membunuh diri di rumah keluarganya pada hari dia sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen.

10) Sedihnya… enam gajah ini mati akibat terjatuh ke kaki air terjun

Enam ekor gajah liar mati setelah terjatuh ke kaki sebuah Air Terjun Haew Narok yang terletak di Taman Negara Khao Yai, Thailand, pada Sabtu.





Source link