ODESSA: Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera dalam insiden tembakan di Odessa, Texas, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Polis sedang memburu dua suspek penyerang yang menembak secara rambang dari dalam sebuah van mel di kawasan pusat beli-belah Home Depot di sini.

Salah seorang mangsa yang ditembak ialah seorang anggota penguat kuasa, namun tidak dipastikan keadaannya buat masa ini.

Presiden AS dalam tweetnya berkata beliau baru sahaja dimaklumkan tentang kejadian dan pihak berkuasa sudah dikerah.

Insiden tembakan rambang di Texas.

Dilaporkan suspek yang merampas van mel itu telah ditembak manakala satu lagi suspek berjaya ditahan ketika cubaan masuk ke sebuah pawagam berdekatan.

BACA: 5 maut, 21 cedera dalam insiden tembakan rambang di Texas





Source link